Tuesday, July 14, 2009

sekitar smss10's...

char kuew teow pakcik BOTAK terbaekk,sedap!~
tapi, nak yang takde tauge ye plz


beli air je tapi duduk sembang gelak sampai berjam lamanya


affan makin hyper. ko makan pil kuda ke fan?


cikgu suuuuuuuuuuuuuu~


ex-kapten pendekar mula la tu gosip dengan ketua guru pendekar. korang ni tak habis-habis dari dulu :p


olololooo tomey nya diaaaa ;)
anak ketiga cikgu azlina & cikgu mad noor

smsob vs apatah-tak-ingatlah, apa ya?

ohh ini lawan SAHOCA.
mereka sangat emo dalam padang.siap gaduh-gaduh kena kad kuning, kena buang padang lagi tuuu dua-dua team.
tak sangka makin tua makin emo :p


adik-adik ready untuk final, vs SAS musuh tradisi ni.
nyanyi lagu sekolah.semangat sketttt baru boleh menang :D


mat saleh- team Bintang kot(?)


para penonton dan penyokong setia


lagi penyokong setia

oh ye jangan lupa saksikan pacak berbaju kuning berdiskusi kot di astro awani bukan wunniii ye, bulan depan ok tapi tarikh tatau :p

dan 2 orang ini adalah teman dari sekolah rendah sekolah menengah, tapi universiti tak sama la pulak kan
nasib baik tak sama U, kalau sama aduh naik bosan la asyik tengok muka korang je. hahaha


huh kerana furisa adalah terlalu hot.
HA HA HA HAHAHAHA

Buat kali ini cukup la sampai sini je dulu gambar-gambar. over pula nak lebih-lebih ye..
Mungkin ada lagi gambar bakal menyusul. hihi huhhh masih winduuuuuuu :')

****
eh kembali sekejap ke dunia intern, saya tukar tempat untuk 2 bulan ! sebab kat tempat sebelum ni tak banyak kerja, lepastu kitorang ada ramai pulak, 4 orang. so kena lah pecah 2, 2. 2 kat SRG.2 kat SAL!
heeeeeeeeeehehehehe :D
ok kali ini memang dekat gila dengan rumah. boleh la bangun lagi lambat :p
tapi kat sini banyak kerja sikit berbanding yang sebelum ini. buktinya, kami takde pun keluar minum pagi atau minum petang tadi. terus menerus je bekerja. ecewahhh.

ala tapi lepas 2 bulan kena balik ke tempat asal untuk 1 bulan lagi.
tapi takpelah dua-dua tempat pun best jugak ;)


eh eh saya baru beli durian tadi.harumnyaaaaa bau. jom makan durian!
:D

Monday, July 13, 2009

mari belajar LK

di kelas 5 Usaha :')

letak beg atas meja


buka zip..


bersedia dengan soalan


ishh macam mana ni deyy


ek eleh senang je rupanya. tu da siap! :)


Belajar LK sangat best dan cool tau. erm, Bio tak best :p

ah winduuuuu :')

Sunday, July 12, 2009

tempat jatuh lagi dikenang

Sabtu dan Ahad.

Bila balik ke tempat jatuh lagi dikenang, secara automatik muncul satu perasaan yang tak dapat saya luahkan dengan kata.Terus semua memori tak kira pahit manis masam masin datang silih berganti....

:')

tenkiu cik abg pacek bagi tag, kalau tak tak dapat nak park kereta dalam sekolah.

Sempena ragbi SMSS 10's yang ke 17.


apa gambar da nak maghrib ni :p

Jumpa dan bergelak sakan dengan kawan lama yang membesar sama...
Jumpa cikgu-cikgu yang banyak menyuap ilmu menabur jasa...
Jumpa staf yang gigih bekerja tak kira masa...
Jumpa senior dan super senior yang sekarang tak kurang hebatnya...
Jumpa junior yang dulu mungkin comel sekarang makin bergaya...
Dan yang penting sekali, balik ke sekolah yang menjadikan siapa kita...
Semua itu memang tak boleh dilupa.

:')


Jumpa cikgu-cikgu yang ada.
Ada satu cikgu ni sampai cakap : 'Ida ni dah berapa belas tahun tak jejak sekolah'
ahahahaa itu hiperbola namanya cikgu :p

heheeee ok lah sampai sini dulu la.ponat. gambar-gambar lain next post la ye ;)

p/s : kan lagi best kalau lagi ramai yang dapat datang.especially zack, wawa, zairin, ayu, chemi, ema, min, afiqah, peqah, mimi, dalila, atirah dan lain-lain banyak pulak kalau nak sebut nama semua orang :p

pemain-pemain tua ready nak nyanyi lagu sekolah :p
audience pun semua semangat waja je nyanyi sama-sama.

:')

eh nak tau tak saya sempat terbang ke Melaka sekejap pagi-pagi buta tadi untuk jumpa cik adek manja dan pergi rumah nenek buruk.nenek buruk asyik call suruh datang je.
banyak betul bekalan dia bagi tadi.ikan, rambutan, langsat,manggis,binjai,durian,baju...TQ :)
tengahari da sampai rumah semula, terus ke SMSS lagi.
:D

Friday, July 10, 2009

dubdab

yeahhh jumaat.
esok weekend!

:D

nervous pulak tunggu esok.
grrrrrrr.
dubdubdabdubdab

Thursday, July 09, 2009

buat apa?

say cheese the alien :)

tau tak apa saya buat hari ini?
ha ha ha haa haaa
rahsia :p
btw tenkiu nadz dan fuzah, penyelamat.
:D
esok selamatkan aku lagi.


p/s : get well soon~ ;)

Wednesday, July 08, 2009

bosan ah

tak tau lah apa nak jadi beberapa hari ni.....
macam sia-sia je.
harap-harap esok lebih bermakna.
hehehehe :)

heee anyway, lupa nak bagi tau.
Ahmad da balik!
yeahhhh~
:D

gambar tahun lepas.
tahun ni, dia da lain sket sampai mama pun dah tak cam :p



p/s : happy birthdayyyy zairin! :)
semoga cepat dapat kerja.hihi boleh la belanja kami yang masih student ni :p

Tuesday, July 07, 2009

h o k i

Saya tak pernah minat main hoki, dan tak pernah terbayang akan main hoki sebab masa sekolah rendah dulu, saya adalah tangan dan kaki bangku. keh keh kehh.

Tapi, masuk tingkatan 1, tiba-tiba *kak A* heret saya pergi padang. Ini bukan main-main punya heret. Memang dia tarik saya secara paksa ke padang. Daripada Tangga Bradley tu sampai lah ke Padang Oasis, dia tarik saya. Sebagai junior yang terpaksa menurut perintah, saya pun pasrah ikut je.

Sejak tu lah, saya pertama kali pegang kayu hoki dan main hoki sampai tingkatan 5.
Sampai tingkatan 5 je la.
Lepas tu memang tak main langsung dah la. Sebab tu lah makin kurus :p hah *gelaklah kuat-kuat*

Banyak juga lah kenangan main hoki ni. Yang paling tak boleh lupa, secara tak sengaja saya kena *pukul* dengan Z bukan nama sebenar. Saya tak sangka dia nak guna skill macam nak main golf pula.hahahaha. Habis bibir saya koyak,darah mengalir laju macam air. Lepas tu terus kelam-kabut cikgu bawa pergi HUKM jahit bibir. Habislah sumbing sikit bibir. jatuh saham I.duhh.kekekekee
p/s : takpe Z, aku tak minta banyak, bagi peti ais masa aku kawen nanti pun jadi lah :p

Ada lagi, saya dan ayu pernah kena kejar dengar S*nderan, coach kami. Sebabnya, kami malas nak pergi training. Lari lahhh menyorok dalam Koop. Beberapa hari lepas tu kena panggil kat bilik guru. Coach ugut, kalau tak nak main lagi, isi borang merah ke apa tah warna.saya pun tak ingat. Borang merah ke apatah warna dia tu adalah borang untuk kena buang sekolah atau berhenti sekolah.
*ngok tak logik langsung, aku tak nak main, dia nak buang sekolah pulak. kah kah kah. aku bukan terer pun sampai nak kena buang sekolah.oh mungkin sebab tak terer la nak kena buang? hahaha*
Ugut bukan main lagi ye... Saya tau yang dia tak mungkin langsung akan buat tindakan tu. haha tapi takpe, layankan aje.

Ada lagi satu yang tak boleh lupa. tapi tak boleh cerita kat sini -_-


team under 18

Pakai lah sunblock SPF berapa banyak pun, mesti semua terbakar juga macam udang bakar. hehe :p

Restoran favourite lepas main, mesti pergi Restoran Amjal. hehee kan Shera kan? :D

under 18 + under 15

Eh, apa pasal la kan tiba- tiba tercerita pasal hoki ni... bukannya apa..rinduuuuuu la pula :')
Dah berapa tahun lah tak pegang kayu hoki.

Sekarang ni kawan-kawan semua tengah rajin upload gambar masa sekolah dolu-dolu kat Facebook. Ha, gambar hoki ni pun dari Facebook lah.

Korang ni memang saje je kan buat mood rindu-rinduan.
Takpelah nasib baik insyaAllah weekend nanti pergi sekolah setelah sekian lama tak pergi.yeayyy!

oh ye ni ada teori palsu : saya pendek sebab saya main hoki. asyik terbongkok je. kalau saya main basketball mesti sekarang saya tinggi sikit :p opss dah genetik pendek tu, pendek jugak lah kan~

Friday, July 03, 2009

speda

hari ni jumaat malam!
walaupun petang tadi balik lambat, tapi takpe.
sebab esok sabtu.
weekend weekend weekend.....yeayyy \(^_^)/

kenapa suka sangat weekend ni?
ye lah. bebas nak buat apa-apa aktiviti.
kalau weekdays, malam je yang free. malam pun penat, duduk rumah je. eh tak tak. ada juga keluar malam :p


salah satu aktiviti weekend lepas~
berbasikal!
kat tempat biasa.
dah lamaaaaa ni tak naik basikal! hihi nasib baik ada orang ajak pergi.best best :D

seterusnya biarlah gambar yang sambung cerita ya :)

sekali masuk rm3.
macam-macam adaaaaaa kat sini ye. banyak taman-taman. taman haiwan. taman kaktus. taman orkid.burung-burung.padi.cendawan.rumah 4musim(yang ni nak masuk kena bayar rm3). dan lain-lain.
tak lupa juga ada paintball. skytrex. skytrex ni macam best je tau.
next time boleh la pergi try.

sewa basikal. satu jam pertama rm3 atau rm5 (ikut jenis basikal)
setiap jam seterusnya RM1.


dengan cik adek

eh abaikan kanak-kanak di belakang tu. nak berlatih kawat tu. banyak betul orang buat aktiviti kat situ.



bekalan sandwich & twister untuk breakfast :)
berhenti sekejap. duduk, makan-makan sambil menikmati keindahan alam. cewahhh~

sambung lagi berbasikal... tapi tak round cukup satu taman tu.
ada orang dah kepenatan :p hahaha


balik~ :D

next time boleh pergi lagi. siapa nak pergi, jommmmmm!
:)
heh da macam jadi duta bkt cahaya seri alam dah aku rasa ni.


ok, sampai sini dulu. nak keluar dinner dan gosip dengan girlprennn.
tatatititutuuuuu.

oh ye, esok nak ke PD.jumpa komiti acehhhh.luncheon yeay :)

p/s : happy belated birthdayy wawa & pijah! sweet 22 :)
happy birthdayyyy daniel. sweeet 8 :D

Wednesday, July 01, 2009

apa khabar?

''apa khabar buah hati nenek yang nenek sayang, yang nenek selalu rindu, terkenang-kenang selalu... cucu nenek dah makan?'' kata nenek buruk. nenek buruk baru call saya!

banyak kali betul dia call sejak saya dah tak kat melaka. rindu ar tuh.nak datang sana, jauh pulak ye....dia pun sekarang selalu balik rumah anaknya.


nenek buruk, i miss u too :')

ohh ye. enter masih rosak. jadi, saya pun guna coding html untuk ganti 'enter'. oklah nak pergi rumah nadz jap. tataaaaaa

Tuesday, June 30, 2009

pencuri baik?

Ohhh hari ni balik kerja lambat. sampai je ofis,abg A cakap ' kau mesti menyesal ikut aku kan, arini balik lmbt'. ekekekekee. takde hal lah. kalau boleh claim OT, memang dah lama claim, kalah M bukan nama sebenar yang penuh dengan kontoversi masalah claim OT melampau. hahahahahahahahahaha :p Nak dijadikan cerita, tadi pergi Bkt kemuning. Ada pencuri curi bateri dalam kabinet RT Bkt Kemuning yang bermangga SOLEX. Lepas pencuri jahanamkan mangga solex tu dan curi bateri, dia pun baik hati gantikan mangga solex dengan mangga yang langsung tak ada brand, takde pun at least made in china ke. hahaha dan tadi, mangga tu pun dah dimusnahkan:p rugi duit kau je pencuri. kami ganti dengan solex lain pula. tapi kan, persoalannya kat sini perlu ke lepas curi tu kau pergi ganti mangga lain? baik nyaaaaa :p ohhh lupa nak cakap, maap ye, 'enter' masih rosak. jadi perenggan meleret je. haha sebenarnya saya cukup tak suka baca cerita dalam perenggan yang macam ni. sebab tu lah malas nak update blog.heh alasan.ehh betul, ada cerita lain nak cerita sebenarnya.tp nanti lah, guna laptop lain.apa-apa pun, cis kau pencurik!